Pakai Tudung Sebab Terpaksa

Dengan Bismillah ...

Bila secara tak sengaja tengok satu website tudung kanak-kanak  kat internet ni ( memang tak sengaja sebab hakak mana ada anak perempuan pun korang ... ), teringat pada sejarah  diri sendiri dulu-dulu masa tengah jahil dan berdarah muda. Pakai tudung sebab terpaksa huhu.

Ingat lagi masa tu dalam Form 4, ada dengar banyak kali dah ura-ura cikgu disiplin nak buat 'ambush' besar-besaran pada pelajar yang tak pakai tudung. Kalau dah kena, confirmlah kena hantar kepada sorang ustazah nih yang wah memang tak tahan nau
dengan kelaseran mulutnya.

Tanpa amik masa yang panjang, terus kitorang geng degil ni pakai tudung pada hari Isnin  tahun xxxx tu . Pilih hari Senin sebab hari tu adalah hari perhimpunan rasmi sekolah. Sebelum dimalukan depan ramai-ramai, baik kitorang amik langkah dulu. Dok tunggu-tunggu jugak yang kata nak buat ambush tu, tapi sampai ke sudahnye tak ada pun.

Dek sebab niat  tak ikhlas ... pakai tudung sebab terpaksa,makanya masa kat luar sekolah, tudung pun melayang entah ke mana. Ikut suka ati je, kalau rasa nak pakai, pakailah . Kalau tak, memang hulala.Berlarutan 2 tahun juga begitu, tambahan pula semasa menunggu result STPM keluar, hakak dapat kerja kat satu Duty Free Shopping Complex ni.

Bekerja di border ni memang syaratnya tak leh pakai tudung. Hmm betapa kalau ingat balik, dulu-dulu memang macam tu. Syarikat-syarikat tertentu masih 'tertutup' dengan etika berpakaian orang Islam ni.

Tapi Alhamdulillah, hidayah dari Allah tiba juga. Bila diterima masuk ke institusi latihan perguruan, perlahan-lahan cara berfikir berubah.

Akhirnya bertudung sepenuhnya sampai jadi mak orang ni :-D

Bila difikir-fikirkan balik, malu pun ada. Jika dibuat perbandingan, hari ini kesedaran mendidik anak bertudung dalam kalangan masyarakat kita tumbuh lebih awal dan ini satu tanda yang cukup positif.

Oldest